• Portal RISDA Plantation Sdn. Bhd.

PERLADANGAN

Urus Tanah Pekebun Kecil

Pembangunan dan Pengurusan Tanah Pertanian

Syarikat memfokuskan bagi membantu pelanggan berikut yang ingin membangunkan tanah mereka dengan sumber tanaman komoditi yang mampu memberi pulangan kepada mereka :

  • Pekebun kecil
  • Agensi Kerajaan
  • Syarikat Swasta
  • Pertubuhan / Kesatuan
  • Lain-lain yang memiliki tanah

Penubuhan Tanam Semula Komersial (TSK) dengan menggabungkan tanah-tanah yang ekonomik dengan tujuan:

  • Pengurusan kos dan penjimatan dapat dilaksanakan dengan efisyen.
  • Pemindahan teknologi yang terkini dengan perlaksanaan di lapangan.
  • Pengurusan tenaga kerja yang lebih sistematik.
  • Permohonan bantuan kerajaan seperti Bantuan Tanam Semula dan permohonan infrastruktur dapat diselaraskan.
  • Caj pengurusan yang minimum.
  • Pengeluaran dan pemasaran hasil secara sistematik dan telus dengan pelaporan kepada peserta dapat diperolehi secara bulanan.

 

Caj pengurusan atau kongsi untung yang minimum dan di atas persetujuan pemilik.

Pemulihan dan Pengurusan Ladang Terbiar

  • Syarikat juga berminat untuk memulihkan kebun-kebun dengan tanaman kelapa sawit atau getah yang terbiar dan masih mempunyai nilai ekonomik untuk dipulihkan dan dikeluarkan hasil.
  • Pemilik tanah boleh memilih untuk diletakkan dibawah pengurusan syarikat dengan perjanjian ataupun dengan cara pemajakan dengan nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
  • Pemilik tanah akan mendapat pulangan sebaik sahaja proses pemulihan selesai dan kerja-kerja pengeluaran hasil dilaksanakan.
Urus Tanah Agensi/Swasta
TOP